Penyalahgunaan dadah merupakan satu fenomena yang telah dan sedang menular begitu berleluasa di Malaysia malah di seluruh dunia. Dadah seperti ganja, heroin dan morfin mula merebak secara meluas di Malaysia sekitar tahun 1970-an. Dari segi jumlah penagih pula di Malaysia, semakin meningkat dari setahun ke setahun walaupun pelbagai dasar dan langkah telah diambil oleh kerajaan terhadap penagih dan pengedar dadah.
- Saya ingin mengupas tentang faktor-faktor yang mendorong penyalahgunaan dadah.
- Keinginan mengetahui tentang dadah dan ingin mencuba sendiri.
- Pengaruh rakan sebaya
- Ingin melupakan tekanan perasaan
- Mengikut kemahuan nafsu
- Pergolakan rumah tangga
- Sahsiah yang terganggu
- Terpengaruh dengan budaya mewah
- Ingin mendapat perhatian
- Tidak memahami bahaya dadah
Punca faktor tersebut berlaku boleh dikaitkan dengan arus pemodenan yang melanda negara kita. Institusi kekeluargaan menjadi tidak kukuh sehingga menyebabkan pelbagai masalah timbul, ibu bapa yang semakin sibuk dalam memenuhi tuntutan hidup mencari wang sehingga terlupa dan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak terutama dalam kes memberi kasih sayang dan meluangkan masa bersama anak-anak.
Langkah-langkah kerajaan bagi mengatasi:
- Memperketat undang-undang mengenai dadah
- Mengadakan kempen kesedaran
- Pengawalan melalui penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah Kebangsaan
- Menggalakkan kegiatan sosial yang sihat dan membina
- Mengadakan kerjasama antarabangsa
No comments:
Post a Comment