Friday, 2 May 2014

Aktiviti gotong-royong

Perumpamaan ada menyatakan bahawa hidup kita 'bagai aur dengan tebing" saling membantu dan memerlukan. Manusia tidak dapat hidup bersendirian "umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing".

Aktiviti bergotong-royong bukan sahaja menjadi asas  membentuk masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, malah aktiviti ini, turut mengutamakan hak ahli dalam masyarakat. Budaya bergotong-royong merupakan aktiviti murni yang telah bertunjang lama dalam masyarakat Malaysia. Kegiatan ini menjadi tali pengikat dan penghubung silaturahim.

Keluarga Bahagia Penjana Produktiviti Negara

"Keluarga Bahagia Penjana Produktiviti Negara". Demikianlah suatu slogan yang meletakkan keluarga sebagai nukleus untuk membangunkan sesebuah negara.
Membina sebuah keluarga yang bahagia sememangnya menjadi impian setiap insan.

Bermula dengan ibu bapa yang saling memahami dan menyayangi seterusnya membentuk pembesaran anak-anak dalam situasi yang sihat dan sejahtera. Penjanaan minda dan sahsiah anak-anak akan berkembang pantas. Kepintaran dan kecerdikan mereka akan diterjemahkan pula ke dalam bidang pelajaran. Kejayaan cemerlang dalam pelajaran akan melahirkan insan yang bakal menjadi aset bernilai kepada negara.

Keluarga bahagia menjadi sumber kekuatan insan untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdaya maju dan berdaya saing. Merekalah yang bakal menjadi penampan kepada segala anasir perosak seperti masalah ketagihan dadah, kerosakan moral, dan buta huruf. Tanpa suatu persekitaran yang kondusif, anak-anak mudah hilang punca dan hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Anak-anak dalam situasi begini amat sukar untuk memilih antara intan dan kaca. Akhirnya, dalam minda percaturan yang nanar mereka mudah terjebak ke dalam kancah gejala sosial.

Demi membangunkan sebuah negara yang progresif, keluargalah yang terlebih dahulu menjadi penjananya. Oleh itu, masyarakat harud mengembalikan peranan keluarga pada tempat asalnya seperti ditegaskan oleh slogan "Utamakn Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayang."

Thursday, 1 May 2014

PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah merupakan satu fenomena yang telah dan sedang menular begitu berleluasa di Malaysia malah di seluruh dunia. Dadah seperti ganja, heroin dan morfin mula merebak secara meluas di Malaysia sekitar tahun 1970-an. Dari segi jumlah penagih pula di Malaysia, semakin meningkat dari setahun ke setahun walaupun pelbagai dasar dan langkah telah diambil oleh kerajaan terhadap penagih dan pengedar dadah.

  • Saya ingin mengupas tentang faktor-faktor yang mendorong penyalahgunaan dadah. 
  • Keinginan mengetahui tentang dadah dan ingin mencuba sendiri.
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Ingin melupakan tekanan perasaan
  • Mengikut kemahuan nafsu
  • Pergolakan rumah tangga
  • Sahsiah yang terganggu
  • Terpengaruh dengan budaya mewah
  • Ingin mendapat perhatian
  • Tidak memahami bahaya dadah
Punca faktor tersebut berlaku boleh dikaitkan dengan arus pemodenan yang melanda negara kita. Institusi kekeluargaan menjadi tidak kukuh sehingga menyebabkan pelbagai masalah timbul, ibu bapa yang semakin sibuk dalam memenuhi tuntutan hidup mencari wang sehingga terlupa dan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak terutama dalam kes memberi kasih sayang dan meluangkan masa bersama anak-anak.

Langkah-langkah kerajaan bagi mengatasi:
  • Memperketat undang-undang mengenai dadah
  • Mengadakan kempen kesedaran
  • Pengawalan melalui penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah Kebangsaan
  • Menggalakkan kegiatan sosial yang sihat dan membina
  • Mengadakan kerjasama antarabangsa
Tiada apa yang mustahil untuk berjaya...
Usaha tanpa jemu, impian kita ketemu...
Cabar diri sendiri untuk mempunyai impian yang besar
Dare to dreammm!!!!!!!!
Where there's a will, there's a way!!!!!!!
Jangan jadi pensil yang hanya tahu menulis kebahagiaan...
tetapi.....
jadilah pemadam yang mampu memadam seribu kesedihan.
Semalam adalah sejarah,
hari ini adalah realiti dan
esok adalah misteri.......................
Yang dulu telah pergi,
yang sekarang sedang dilalui dan
yang akan datang mesti ditempuhi.
Assalamualaikum...
Selesai sudah Forum Generasi Y pada hari ini, di Universiti Utara Malaysia...-dilema pegangan agama dan cabaran realiti.
Seperti yg kita ketahui,terlalu banyak cabaran realiti hidup masa ini yg harus ditempuhi oleh generasi y. Masa remajalah adalah masa yg amat berharga untuk menuntut ilmu....selagi diberikan kudrat yg sihat.Sesungguhnya org yg lalai adalah manusia yg berada dlm kerugian. Oleh itu,hargailah masa yg amat berharga dgn perkara yg berfaedah.


ALAM SEKITAR

Manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam semula jadi iaitu alam sekitar yang merupakan satu elemen yang amat penting bagi manusia. Isu-isu yg berkaitan dengan alam sekitar seperti keruntuhan tanah tinggi, pencemaran air sungai, tasik dan laut, pencemaran udara termasuk penipisan lapisan ozon hangat dibincangkan dan diperdebatkan dalam proses pembangunan sesebuah negara. Saya akan mengupas tentang punca2 permasalahan pencemaran alam sekitar. Puncanya adalah eksploitasi sumber alam secara besar-besaran, pengabaian dan sikap manusia serta penghasilan ciptaan yg berbahaya.

Sikap manusia yg terlalu mementingkan nilai komersial daripada sumber alam semula jadi, misalnya menjalankan kegiatan pembalakan yg tidak terkawal, penerangan muka bumi untuk tujuan pelbagai aktiviti manusia telah mengabaikan fungsi tumbuh-tumbuhan sebagai nadi bumi......